10 September, 2016

The Closed Ones


Tidak! Tak semua kawan yang ikhlas kawan dengan kita. Kita tahu bahawa hati manusia mudah berubah, tapi tak tahu bila dan dengan siapa dia akan berubah? Jadi jangan terlalu berharap yang mereka akan sentiasa tinggal, jaga, dan ambil berat pasal kau 24/7.

Ya! aku terima bahawa setiap manusia mempunyai masalah yang tersendiri. Itu fitrah yang diturunkan bersama jiwa mereka sejak awal lagi. Manusia akan sentiasa cuba untuk berubah dan melangkah demi kepentngan diri nya dahulu dan barulah akan mengambil kisah pasal orang lain. JANGAN CAKAP ORANG!!

Aku pun sama...


Setiap perjanjian yang ditabur kalau nak diikutkan hukum, betapa gelapnya dosa yang mereka semai. Huh? itu ke yang kita panggil JANJI? Bukan. Bagi aku itu cuma kata-kata yang hanya nak diibaratkan pelangi selepas hujan dalam sesebuah cerita, agar kita 'tenang' dan sentiasa menanti sehingga habis cerita. Tapi kesudahannya pelangi yang diharapkan tidak pun wujud akibat hujan yang tidak pernah berhenti. Harapan yang ditabur selama ni semakin pudar, semakin lemah. Haha.

Dan sejak itu, JANJI dalam hidup aku hanya ditampal dengan kepercayaan. Mungkin, suatu hari orang yang rapat dengan aku akan sedar janji mereka. Mungkin. Orang yang aku harap, orang yang rapat dengan aku.

Related Articles

0 comments:

Post a Comment